Sistem PharmaCert - Certificates made simple!

PharmaCert memudahkan penghasilan dan pengedaran sijil untuk acara kendalian anda serta pelbagai kegunaan lain. Dengan penggunaan yang mudah dan mesra pengguna, anda boleh menjimatkan masa dan usaha dalam menguruskan sijil anda.

​​S​istem PharmaCert dibangunkan bagi pengurusan sijil secara digital. Fungsi yang disediakan ialah:

  • Janaan sijil digital (termasuk fungsi import secara pukal)
  • Penghantaran sijil digital ke e-mel penerima
  • Pengumpulan maklum balas penilaian kursus mengikut format Bahagian Pengurusan Latihan KKM

Terdapat 3 jenis sijil boleh dijana iaitu Sijil Penyertaan, Sijil Penghargaan dan Sijil Perakuan Tamat Kursus​. 

Sijil Penyertaan

Sijil penyertaan dikeluarkan kepada peserta yang telah menghadiri atau menyertai sesuatu aktiviti, kursus, acara atau program tertentu.

Butiran yang diperlukan

  • Nama aktiviti
  • Tarikh aktiviti
  • Lokasi aktiviti
  • Nama penganjur aktiviti
  • E-mel penganjur/urus setia
  • Nama peserta
  • E-mel peserta

Butiran tambahan

  • Kategori CPD
  • Mata CPD
     

Sijil Penghargaan

Sijil penghargaan dikeluarkan kepada penerima atas pencapaian atau sumbangan dalam perkara tertentu. Contoh: Sijil penghargaan kepada penceramah, urus setia, panel, juru audit, wakil jabatan dan sebagainya.

Butiran yang diperlukan

  • Nama penerima
  • E-mel penerima
  • Butiran pencapaian/sumbangan

Butiran tambahan

  • Kategori CPD
  • Mata CPD
     

Sijil Perakuan Tamat Kursus

Sijil perakuan tamat kursus dikeluarkan kepada kepada peserta yang telah menyelesaikan kursus atau program tertentu dengan berjaya dan memenuhi semua syarat dan kriteria yang ditetapkan. Peserta boleh menyelesaikan program tersebut pada tarikh atau masa yang berbeza daripada peserta lain. Contoh: Self learning module, kuiz

Butiran yang diperlukan

  • Nama program
  • Nama penerima
  • E-mel penerima
  • Tarkih selesai program

Butiran tambahan

  • Kategori CPD
  • Mata CPD